Perkahwinan Radin Mas Ayu
dengan
Raja Melaka (Sang Maniaka)
Sinopsis
Latar tempat di Majapahit. Radin Mas Ayu adalah anak
kepada Betara Majapahit. Upacara
perkahwinan dimulakan dengan majlis berjaga-jaga. Hang Tuah pada ketika ini
masih berjawatan seorang Bentara sahaja. Hantaran belanja pula adalah emas
tujuh bahara, kain tujuh peti dan perempuan dayang 70 orang. Sultan Melaka pun
mengadap Betara Majapahit. Dalam majlis tersebut Hang Tuah telah dicabar
berlawan dengan perajurit Majapahit. Hang Tuah telah menunjukkan kehebatannya
memarang mata tombak dan membunuh pencabarnya. Semua halangan terhadap Hang
Tuah adalah rancangan Patih Gajah Mada.
Kemdian datang pula Taming Sari datang mengamuk dan menikam ramai orang. Hang Tuah berani berhadapan dengan tentangan Taming Sari ketika pihak lain termasuk Patih Gajah Mada melarikan diri. Pada awalnya Taming Sari sukar dikalahkan kerana tidak lut diparang oleh Hang Tuah. Kekuatan Taming Sari ada pada kerisnya. Hang Tuah pun membuat muslihat agar mereka berdua bersama-sama mengamuk Betara Majapahit. Hang Tuah mengajak Taming Sari bertukar keris. Apabila sahaja Hang Tuah mendapat Keris Taming Sari, beliau telah memekis dan berlawan semula dengan Taming Sari. Hang Tuah telah berjaya mengalahkan Taming Sari dan dianugerahkan keris yang dimiliki oleh Taming Sari. Hang Tuah juga diberi gelaran Laksamana oleh Ratu Majapahit serta anugerah Sungai Jemaja.

A. Mengenal pasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional terpilih.
Jenis karya di atas adalah sejenis karya sastera epik seperti definisi berikut:
Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan
kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta
jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun
lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan
maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan
peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi
perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada
bangsa yang melahirkan epik tersebut.[1]
Dasar
penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai
seorang wira, dia perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang
berbentuk kepahlawanan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran dan dapat
membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima dan mengakui
kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.
Ciri-ciri epic adalah:
1. Pahlawan tampil sebagai susuk tubuh yang mengkagumkan. Hang Tuah mampu mengalahkan pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan tersebut. Malah Hang Tuah sangat bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar mereka saling bertukar keris.
2. Latar penceritaan pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang tempat. Asal Hang Tuah daripada Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di Majapahit.
3. Keberanian tokoh dijadikan bahagian penting dalam keseluruhan tema.
Hang Tuah digambarkan sangat berani menentang musuh seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan yang lain.
4. Ada keterlibatan unsur supernatural (kuasa luarbiasa). Hang Tuah tidak cedera walau sedikitpun dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang luar biasa.
5. Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak epik dilukiskan secara tidak langsung melalui dialog dan aksinya sahaja...seperti Hang Tuah diceritakan berjaya mengelak tikaman, melompat ke kiri dan kanan. Hal ini menggambarkan ketangkasan watak Hang Tuah.
2. Menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat melayu tradisional.
Sekiranya kita mengkaji sikap dan sifat Hang Tuah, beliau boleh dijadikan contoh kepada setiap individu manusia seperti berikut:
2.1 Perlu bersikap berani
2.2 Manusia perlu bijaksana.
2.3 Taat setia kepada ketua.
2.4 Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain
2.5 Sentiasa berwaspada.
Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali saperti Patih Gajah Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati.
2.6 Hormat menghormati.
Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu pemerintah di sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka berada di negara orang (Majapahit).
2.7 Menghormati tetamu.
2.8 Gambaran adat dan budaya masyarakat.
Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Radin Emas Ayu digambarkan mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan mengadap raja.

C. Menjelaskan watak dan perwatakan
Watak Hang Tuah.
Seorang rakyat Melaka, pengiring kepada Sultan Melaka. Mendapat Gelaran Laksamana apabila berjaya mengalahkan Taming Sari. Ada lima sahabat.
Perwatakan Hang Tuah
1. Taat setia
2. Berani
4. Bijaksana
5. Tangkas bermain senjata.
6. Sangat menghormati raja.
**** perwatakan di atas perlu dihuraikan.
.
1 comment:
boleh tolong huraikan adat istiadat yang terdapat dalam hang tuah bab 7?
Post a Comment