Definisi Pembangunan Insan
Pembangunan Insan adalah cara atau kaedah untuk
mengenal atau mengkategorikan kemahiran dan kebolehan seseorang atau individu
dalam sesuatu bidang terutamanya dalam member sumbangan kepada pembangunan
negara. Jika dirujuk kepada pendekatan kemanusiaan pula bermaksud cara-cara
mengurus yang menggunakan asas yang berkaitan sifat-sifat manusia yang baik.
Keagamaan.
Asas kesusasteraan melayu adalah berkait rapat
dengan agama Islam kerana kebanyakan penulisnya adalah beragama Islam.Jika
dirujuk terus kepada Sulalatus Salatin, terdapat peristiwa kedatangan Islam
dimana raja telah memeluk Islam setelah bermimpi bertemu rasulullah dan
berjumpa pendakwah yang dating dari Negara arab. Kemudian seluruh rakyat Melaka
telah menganut agama Islam dan mengamalkan kehidupan harian menurut cara hidup
Islam. Diceritakan juga kegiatan keagamaan termasuklah sembahyang, puasa,
menyambut hari raya dan nikah kahwin.Lalu rakyat di Melaka dididik supaya
taatkan agama dan pemerintah .Perkataan raja telah ditukar kepada sultan dan
nama-nama pemerintah telah menggambarkan agama yang mereka anuti.
Perkara-perkara yang menjadi pokok atau asas dalam hal-hal keagamaan seperti
rukun iman dan rukun Islam dalam agama Islam. Terjemahan amalan agama
yang lahir dari rukun Iman dan Islam adalah seperti berikut:
1. Dedikasi
Dedikasi bermaksud pengorbanan tenaga, masa dan lain-lain untuk
sesuatu. Juga bermaksud ketekunan dan kesungguhan. Tekun
pula bermakna bersungguh-sungguh samada ketika bekerja, belajar dan lain-lain
perkara.
Berdasarkan Sejarah Melayu, kita dapat meneliti dedikasi Tun Perak
terhadap tugasnya. Walaupun pada awalnya beliau hanya seorang berjawatan
Penghulu di Kelang, beliau telah menunjukkan dedikasi yang tinggi terhadap
tugasnya. Walaupun Kelang jauh daripada kota Melaka, beliau dengan
bersungguh-sungguh mematahkan serangan Siam kali pertama. Beliau bersama
pengikutnya telah berjaya dalam peperangan itu. Dedikasi beliau dapat dilihat
apabila beliau bertindak mengarahkan angkatan tenteranya membawa anak dan
isteri mereka. Kehadiran anak dan isteri ini telah menjadikan angkatan Melaka
berperang dengan bersungguh-sungguh. Dedikasi Tun Perak ini telah dilakukan
demi negara tercinta. Sikap dedikasi beliau wajar dicontohi oleh generasi
terkemudian termasuk diri seorang pelajar. Sebaliknya jika sikap dedikasi ini
tidak wujud dalam diri, mungkin Melaka akan dikalahkan dan ditakluk oleh Siam.
Dedikasi Tun Perak juga dapat dilihat ketika beliau menjaga sultan
Mahmud ketika gering kerana sakit berak-berak. Ketika itu sultan Mahmud masih
kecil dan perlu diambil perhatian. Tun Perak bersama Hang Tuah telah menjaga
sultan dengan penuh kesungguhan. Baginda telah disuapkan makanan dan
dimandikan. Semua keperluan sultan telah diurus dengan baik sehingga baginda
sembuh. Walaupun Tun Perak seorang bendahara pada masa itu, tetapi beliau amat
dedikasi dan memainkan peranan seperti seorang bapa. Jika Tun Perak dan
Hang Tuah tidak menjaga sultan sehingga sembuh, mungkin sesuatu yang mudarat
akan berlaku dan seterusnya memberi kesan kepada sistem pentadbiran Melaka.
Sifat dedikasi seperti ini patut diamalkan oleh setiap individu yang telah
diberi tugas tertentu. Sikap dedikasi berkait rapat dengan soal keikhlasan.
Oleh itu tu Perak dilihat lebih berdedikasi berbanding Hang Tuah. Ini adalah
kerana apabila keduanya dikurniakan usungan, Tun Perak tidak menggunakan
kesempatan itu. Berbanding dengan Hang Tuah, yang telah mengambil kesempatan
dengan menggunakan usungan tersebut.
No comments:
Post a Comment