Norma-norma
yang Baik dalam Perhubungan Suami Isteri
Pandangan
Sarwajagat Masyarakat Melayu
1. Memilih calon isteri
i. Memilih calon isteri yang
sempurna bukan dinilai dari aspek kecantikan wajah. Kecantikan adalah sesuatu
palsu pada pandangan mata. Kecantikan isteri juga bersifat sementara kerana
kecantikan akan hilang mengikut masa. Isteri yang budiman adalah lebih sempurna
kerana mampu menjadi suri rumah yang baik. Isteri budiman mempunyai kepimpinan
yang tinggi untuk zuriatnya. Kedudukan isteri budiman berada di tempat yang
tinggi sebagaimana kedudukan mahkota.
ii. Perempuan yang dianggap baik
bukan hanya dinilai pada kecantikan di dunia nyata sahaja. Namun yang paling
penting ialah memilih perempuan dari aspek agama iaitu keimanannya. Kemuliaan
seorang wanita adalah diukur dari sudut keimanan yang dimilikinya.
2. Hidup berumah tangga mesti sepakat
i. Hidup berumahtangga perlulah
sependapat. Iaitu mempunyai cita dan pandangan yang sama. Pada waktu yang sama
mestilah menjauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan pertelingkahan serta
perselisihan pendapat.
ii. Hidup berumahtangga adalah
ibarat dua orang dalam satu tubuh. Maka mereka diharapkan sentiasa bermuafakat
di antara keduanya sepanjang kehidupan berumah tangga. Suami dan isteri perlu
berpakat dan mencapai persetujuan dalam segala tindakan. Contohnya mengurus
rumah tangga, menjaga anak-anak yang telah mereka lahirkan sehigga anak-anak
itu dewasa.
3. Suami sebagai ketua keluarga
Seorang suami adalah tempat
bergantung harap, sebagai pelindung dan memberi nafkah. Kebergantungan isteri
terhadap suami adalah penuh dan suamilah yang menentukan kebahagiaan hidup
isterinya.
4. Kejujuran seorang suami
Suami
mesti jujur supaya isteri tidak menanggung siksa kerana memendam perasaan. Suami
mempunyai kuasa dan tanggungjawab besar. Namun kekuasaannya tidak mungkin dapat
digunakan jika dia hidup bersendirian tanpa teman.
No comments:
Post a Comment