Pertemuan di Hyde Park
Adi Badiozaman Tuah
Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.
Maksud
Rangkap 1: Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau teringat sebidang
tanah yang agak luas pemberian ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan
dara tetapi telah diterokai oleh ayahnya. Tanah itu kemudiannya ditanam dengan
padi huma setiap tahun dan merupakan milik keluarga.
Atas munggu itulah aku selalu berdiri
bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.
Maksud Rangkap 2:Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah
ketika melihat padi yang sedang membesar, ketika menghalau burung, membaiki
tempat jemuran padi atau saja-saja berehat sementara menunggu panggilan emak
yang memerlukan air, menemani ayah menanam getah atau menanam lada.
Bagaikan
membahas isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.
Maksud Rangkap 3:Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park
berbicang tentang isu-isu penting ketika mendengar ayahnya bercerita tentang
tanah iaitu tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah. Penggunaan nya sentiasa
berubah mengikut peredaran dan keperluan semasa yang ditentukan oleh
pemiliknya.
Di situlah ayah sering
mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.
Maksud
Rangkap 4:Penyajak
diingatkan oleh ayahnya tentang amanah memelihara tanah di mana kitalah
bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut mengikut kesesuaian dan sekiranya
kita lupa akan amanah tersebut tanah tersebut akan kembali kepada asalnya.
Bertemakan
amanah
Penjajak menjelaskan bahawa
apabila seseorang diamanahkan tentang sesuatu perkara beliau hendaklah memikul
dengan penuh tanggung jawab menjaga tanah supaya tidak menimbulkan sebarang
masalah.
Contohnya :
Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta
Persoalan tentang kasih sayang Penjajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan beliau dengan ayahnya yang sering bercerita tentang sesuatu peristiwa Contohnya :
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
Persoalan gigih berusaha.
Penjajak menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu penyajak berusaha meneroka tanah bertujuan untuk bercucuk tanam padi huma, getah dan lada. Contohnya :
Contohnya :
Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta
Persoalan tentang kasih sayang Penjajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan beliau dengan ayahnya yang sering bercerita tentang sesuatu peristiwa Contohnya :
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
Persoalan gigih berusaha.
Penjajak menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu penyajak berusaha meneroka tanah bertujuan untuk bercucuk tanam padi huma, getah dan lada. Contohnya :
betapa
sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah
ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian
dibiarkan kering dan dibakar
dan
setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi
huma bukit milik keluarga.
Persoalan Kerajinan
Ayah penyajak rajin mengusahakan tanah dengan pelbagai jenis tanaman
Silih berganti bagi meningkatkan ekonomi keluarga.
Contoh:
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.
No comments:
Post a Comment