Pantun Nasihat
Pantun
Nasihat
Tanam
bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan;
Jangan
ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Burung
tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang;
Kalau
sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.
Kepentingan
puisi dalam konteks sarwajagat masyarakat Melayu tradisional.
Masyarakat yang suka bercucuk tanam. Termasuk jenis-jenis bunga menjadi
satu budaya masyarakat melayu kerana tanaman tersebut menjadi lambang keindahan.
Malah sering mengaitkan bunga dengan perempuan.
Masyarakat yang
suka kepada keindahan alam dan persekitaran. Mereka suka menghias halaman rumah
dengan hiasan tumbuh-tumbuhan dari jenis pokok bunga.
Masyarakat yang tidak
suka perbuatan yang terlalu mengikut nafsu Masyarakat yang menyedari bahawa
perbuatan mengikut hawa nafsu akan memusnahkan diri sendiri
akhirnya. Ucapan pantun supaya jangan mengikut hawa nafsu merupakan
nasihat yang mampu mencegah seseorang ahli masyarakat supaya jangan melakukan
sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang itu menyesal di kemudian
hari.
Masyarakat
yang tidak suka perbuatan sombong dan tinggi diri.
Perbuatan sombong adalah amalan yang tidak baik.
Perbuatan itu mungkin menjerumuskan seseorang itu tidak bercampur gaul dengan
masyarakat. Hidup ahli masyarakat tersebut akan diibaratkan seperti melukut di
tepi gantang, ibarat kera sumbang dan ibarat katak di bawah tempurung. Ahli
masyarakat lain akan salah tanggap dan sering memperkatakan keburukan rakan yang
sombong itu. Hal ini akan menambahkan dosa dan konflik sesama ahli masyarakat.
Masyarakat yang lebih bersifat positif.
Pantun di atas menunjukkan bahawa ahli masyarakat
ketika itu tidak bersifat negatif. Mereka sentiasa bersifat positif sebagai
ahli masyarakat dan cuba mengelakkan diri daripada cercaan dan umpatan. Salah
satu cara mengelakkan diri daripada menjadi sasaran kebencian ahli masyarakat
ialah tidak bersifat sombong dan berbangga diri. Anggota masyarakat hendaklah
sering bercampur gaul dan mesra sesama anggota masyarakat dengan menghadirkan
diri dalam aktiviti masyarakat seperti mesyuarat, kenduri, gotong-royong,
bersukan dan lain-lain.
Ulasan tentang pembayang maksud
Rangkap pertama pembayang pantun
wujud pada baris pertama yang mengungkapkan ayat berkaitan kegiatan masyarakat
melayu yang suka menanam pokok hiasan. Pokok tersebut menjadi hiasan kerana
pokok bunga itu ditanam di dalam sebuah pasu. Kesesuaian pembayang ini dilihat
dari aspek rima akhir baris pantun sahaja iaitu perkataan “pasu” dapat di
sesuaikan dengan perkataan “nafsu”. Kitan mungkin boleh menanam bunga di
mana-mana tempat asalkan di atas tanah, tetapi mungkin kurang sesuai kerana ia
mungkin tidak mampu menghias sesuatu tempat. Sedangkan menanam bunga di dalam
sebuah pasu mampu menjadikan bunga yang ditanam itu menghiasa sesuatu tempat
dan mudah alih sifatnya.
Rangkap kedua, pembayangnya ada
dua baris. Kedua-dua baris memberikan senario kegiatan unggas iaitu burung
tiong dan burung merpati. Kesesuaian burung tiong adalah mampu terbang tinggi
sedangkan burung merpati lebih suka kepada kegiatan mencari sarang sahaja.
Kegiatan burung tiong yang terbang tinggi mungkin sesuai dengan isu yang hendak
dibawa dalam maksud pantun iaitu perbuatan sombong dan tinggi diri. Kadang-kadang
sifat manusia yang mampu mencapai pencapaian yang tinggi akan menyebabkan
seseorang itu terlalu berbangga diri sehingga dianggap sebagai orang yang
sombong dan bongkak. Contohnya seperti sudah belajar tinggi, sudah kaya, lebih
kuat, lebih berkuasa dan lain-lain lagi.
Sifat merpati pula yang sibuk
dengan hal sendiri iaitu mencari sarang juga menyebabkan dirinya lalai dan
terlalu bersifat individualistik. Jika dikaitkan dengan sifak manusia, orang
yang hanya memikirkan hal diri sendiri tanpa memikirkan masalah orang lain
boleh menyebabkan dirinya dianggap sombong. Jika hidup berjiran, mereka hanya
pergi dan balik ke rumah semata-mata kerana mencari rezeki dan menyelesaikan
urusan diri sendiri sahaja. Pada pandangan mereka, peduli apa dengan hal-hal
orang lain termasuk hal-hal kejiranan. Mereka tidak ambil tahun masalah
jiran-jiran dan mengabaikan kegiatan kemasyarakatan.
Ulasan tentang maksud pantun.
Dua rangkap pantun di atas merupakan
larangan-larangan terhadap individu supaya menjauhkan diri dari sikap buruk
atau tidak melakukan sesuatu sikap yang buruk.
Larangan pada rangkap pertama
ialah jangan mengikut hawa nafsu. Jika bertindak mengikut nafsu mungkin akan
menyebabkan diri kita terjerumus kepada akibat yang tidak baik.
Larangan kedua pula ialah
menghindarkan diri dari sikap sombong. Perkataan yang lain yang mempunyai
maksud yang sama ialah seperti bongkak dan tinggi diri. Pantun kedua ini
seterusnya menyatakan akibat daipada perlakuan sombong. Perbuatan sombong dan
bongkak akan menyebabkan seseorang itu dibenci oleh orang lain.
Pemikiran pantun
1. Larangan terlalu mengikut hawa
nafsu. Secara umumnya manusia memang mempunyai nafsu dan perlu memenuhi
keperluan nafsu. Gambaran pantun di atas adalah nasihat supaya jangan terlalu mengikut
hawa nafsu kerana perlakuan tersebut boleh menyebabkan satu akibat yang buruk.
Contohnya seorang yang memerlukan makanan mungkin akan mendapat penyakit
sekiranya makan berlebih-lebihan.
2. Larangan berbuat sombong.
Perbuatan sombong adalah satu perbuatan yang tidak disukai oleh orang lain.
Perkara ini sangat diambil perhatian oleh ahli masyarakat melayu kerana amalan
bertegur sapa dan mengambil berat adalah budaya masyarakat yang diamalkan sejak
sekian lama dan berterusan.
No comments:
Post a Comment