Seloka
Pak Pandir
Seloka di
atas adalah perihal kelakuan Pak Pandir yang salah pertimbangan dan sering
membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya dilakukan. Pak Pandir berbuat baik
tidak pada tempatnya. Dia berbuat baik dengan menjinjing dagang tetapi berlaku
kejam dengan perlakuannya “memijak” anak sendiri. Dia telah membunuh kucing
iaitu sejenis binatang yang dikaitkan dengan kemanjaan tetapi telah membela
tikus iaitu sejenis haiwan yang boleh merosakakan kesihatan dan harta benda.
Kerana kebodohan dan kebaikannya yang melampau itu, Pak Pandir mudah ditipu.
Dia mudah percaya kepada orang asing (Mendengar gelagak dagang,Tak sedar
bertelanjang) Akibatnya, harta habis,badan tergadai. Pak Pandir juga sering
mengambil risiko tanpa berfikir panjang. Hal ini digambarkan melalui peribahasa
Mendengar guruh di langit,Air tempayan dicurahkan. Ternyata dagang yang
dijinjingnya adalah penipu yang licik yang berpura-pura baik Hal ini dijelaskan
melalui ungkapan mulut kena suap pisang,Buntut kena cangkuk onak,dan gunting
makan di hujung Pak Pandir juga yang menanggung Apa didengar gelagat dagang
Gelagak rambutan jantan Orang berbunga dia berunga Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujang tak lalu Awak juga berkecundangan .
Sebahagian besar dari maksud Seloka Pandai Pak Pandir disampaikan melalui peribahasa. Oleh itu ia menunjukkan dengan jelas hubungan yang rapat antara seloka dan peribahasa. Di sini terdapat sekurang-kurangnya empat ungkapan yang merupakan peribahasa yang terkenal.
1.
Mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan,
2. Mulut kena suap pisang,buntut kena cangkuk onak,
3. Gunting makan di hujung
4. Gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia bebunga. orang berbuah dia haram
2. Mulut kena suap pisang,buntut kena cangkuk onak,
3. Gunting makan di hujung
4. Gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia bebunga. orang berbuah dia haram
Pandangan
sarwajagat (world views) seloka Pak Pandir.
Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat
melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat yang negatif. Lalu sifat
negatif tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran di dalam seloka.
Watak Pak Pandir telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang melayu berkenaan.
Dikatakan juga bahawa Pak Pandir seorang yang sering tidak bernasib baik.
Berikut adalah sebahagian daripada sifat-sifat negative yang telah diutarakan:
1. Mengutamakan orang lain. “Anak dipijak dagang
dijinjing”.
2. Hartanya tergadai. “hartanya habis tergadai”
3. Tak sedar kelemahan diri sendiri. “tak sedar
bertelanjang”
4. Terlalu mendengar kata pihak lain. Cepat
terpengaruh dengan orang lain. “Mendengar guruh di langit, air tempayan
dicurahkan”.
5. Hidup terikat, tersiksa disebabkan pihak lain.
“Mulut kena suap pisang”, “Buntut kena cangkuk onak”.
6. Menanggung masalah diri yang tidak berkesudahan.
“Awak juga berkecundangan”
7. Tidak memberi faedah kepada orang lain. “ Gelagak
rambutan jantan”
8. Melakukan sesuatu perkara tetapi tidak
bersungguh-sungguh. “Kilat memancar hujan tak jadi”.
Gambaran
masyarakat.
Keseluruhan isi seloka tersebut menyindir dengan
sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat melayu yang bersikap
negatif. Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan harian mereka. Watak
Pak Pandir hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan melayu yang perlu
diberi teguran supaya mengubah sikap.
1. Sikap masyarakat yang
mengutamakan pihak lain. Kadang-kadang suka memberi pertolongan kepada orang
lain sedangkan ahli keluarga sendiri tidak dibantu.
2. Masyarakat yang tidak pandai
menjaga hartanya. Kadang-kadang mereka tamak dan ingin cepat kaya. Masyarakat
melayu tradisional suka berjudi dan bertaruh dengan harapan mereka cepat kaya.
3. Sebahagian masyarakat yang tidak
sedar diri. Mereka menganggap segala tindakan mereka itu betul dan tidak mahu
mendengar nasihat pihak lain. Kelemahan diri sering terserlah tetapi mereka
tidak menyedarinya ibarat “tak sedar bertelanjang”.
4. Masyarakat yang terlalu mendengar
pendapat orang lain. Sebahagian masyarakat sangat malas berfikir. Semua kerja
perlu dibantu oleh pihak lain.
5. Akibat terlalu mendengar kata
pihak lain, hidup mereka terikat. Mereka tidak mampu hidup bebas dan
melaksanakan kerja tanpa dikongkong. Seolah-olah mereka sudah menjadi hamba
kepada pihak lain lantaran sikap mereka yang tidak mampu berdikari.
6. Masyarakat yang suka cakap besar.
Ibarat perlakuan rambuatan jantan yang rajin berbunga tetapi tidak menghasilkan
buah. Sikap ini wujud dalam kehidupan sesetengah ahli masyarakat. Biasanya
mereka ini ingin hidup senang dengan cara yang mudah dan mengambil jalan
singkat. Rajin menghebahkan rancangan hidupnya sedangkan usaha mereka tidak
seberapa.
7. Sikap masyarakat yang malas.
Apabila melakukan sesuatu perkara, mereka tidak melakukannya secara
bersungguh-sungguh. Segala kerja yang dilakukan dibuat setengah jalan sahaja.
Contohnya mengusahakan kebun tetapi akhirnya menjadi semak semula dan tidak
mampu mengeluarkan apa-apa hasil.
No comments:
Post a Comment