Sinopsis
Nabi
Muhammad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikul Maut
atas arahan Allah. Nabi bersedih kerana akan meninggalkan umatnya yang
dikasihi. Beliau telah berpesan kepada anak dan isterinya agar jangan bersedih
dan menerima hakikat takdir serta berjanji akan bertemu semula di hari akhirat
kelak. Kemudian Rasulullah pun pergi ke masjid untuk solat Jumaat yang
terakhir. Baginda telah membaca khutbah dan mengimamkan solat. Setelah itu
Rasulullah pun membuat pengumuman kepada sidang jumaat yang ingin menyelesaikan
perkara-perkara tertentu termasuk hutang sebelum beliau wafat supaya tidak
menjadi beban di hari akhirat kelak. Ada seorang sahabat bernama Akasyah, ingin
menuntut hutang kerana telah terpukul oleh cemeti Rasulullah ketika perang.
Akasyah ingin membalas balik ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar balik
hutang lama tersebut. Para sahabat dan ahli keluarga baginda bersedih namun
Akasyah tetap ingin meneruskan niatnya. Rasulullah diminta membuka baju supaya
Akasyah dapat memukul baginda dengan cemeti. Sebaik sahaja baginda membuka
baju, Akasyah terus mencium perut (pusat) baginda kerana niat beliau bukan
untuk memukul baginda tetapi ingin melihat kelebihan yang ada pada badan
baginda yang bercahaya. Setelah peristiwa tersebut, baginda telah mengumumkan
pengganti imam di masjid ialah Saidina Abu Bakar. Seterusnya baginda dibawa
pulang oleh Saidina Ali. Setelah sampai waktunya, Malikul Maut datang ke rumah
Rasulullah dan memberi salam di luar rumah baginda. Apabila Malikul Maut
dibenarkan masuk maka dikahbarkan bahawa segala bidadari dan malaikat sedang
menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium kepala Fatimah, nabi pun wafat.
Nilai dan pengajaran:
1. Kasih sayang
2. Perasaan sedih
3. Tanggungjawab membayar hutang
4. Menunaikan perintah Allah
Pesanan dan wasiat Rasulullah SAW
1. Jangan meratapi kematian
2.Menyelesaikan hutang
3.Mentaati suami
No comments:
Post a Comment