Maksud Sajak
Rangkap 1
Kebenaran
tidak mampu ditunjukkan kerana sering disalah anggap. Orang yang benar dianggap
telah melakukan kesalahan.
Rangkap 2
Kepalsuan
pula telah diputarbelitkan. Sesuatu yang palsu telah menjadi sesuatu yang
dianggap benar.
Rangkap 3
Pembunuhan
tidak dapat dibuktikan kesalahannya. Pembunuh terselamat daripada hukuman.
Rangkap 4
Penipuan
yang ditafsirkan sebagai kebenaran. Penipu gembira kerana berjaya menipu.
Penyajak
enggan menjadi saksi kepada segala kepincangan yang sedang berlaku di kalangan
masyarakat yang penuh dengan tipu muslihat. Perkataan “saksi” boleh diertikan
sebagai keengganan penyajak terlibat atau penyajak tidak mahu
dipertanggungjawabkan. Maksud yang lain pula, penyajaktidak mahu melihat lagi
situasi songsang yang sedang berlaku.
Kebenaran,
kepalsuan, pembunuhan dan penipuan merupakan isu yang sering berlaku di
kalangan umat manusia. Secara khusus ia berlaku dalam persekitaran masyarakat
penyajak. Namun penyajak hanya menyebut secara umum sahaja tanpa menyatakan
siapa yang melakukan dan tidak menyebut punca sebenar situasi tersebut berlaku.
Segala
yang berlaku telah menjadi sebaliknya kerana ada pihak telah berjaya menukarkan
situasi berkenaan berdasarkan kebijaksanaan diri mereka. Kebenaran telah
menjadi palsu manakala yang palsu telah menjadi benar. Dari sudut keadilan pula
seorang pembunuh telah berjaya melepaskan diri dan bebas dari hukuman. Golongan
yang suka menipu pula sangat gembira kerana berjaya meyakinkan orang ramai
bahawa dirinya benar.
Mungkin
pihak yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1- Pemimpin masyarakat (golongan
berpengaruh)
2- Media
3- Hakim
4- Peguam
5- Ahli politik
6- Ulama'
7- Pelajar
8- Penulis
9- Wartawan
1- Orang awam (massa)
No comments:
Post a Comment