1.1 Sinopsis
SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU
PERISTIWA DALAM BAB 1
Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang
dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar
Zul-Karnain.
Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan
Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama
Raja Aristun Syah.
Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar
Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China
untuk meluaskan jajahan takluk.
Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam
perjalanannya ke China. Baginda menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda
berkahwin dengan Puteri Dara Segangga.
Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan
Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.
Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China
membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah
berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan
niatnya untuk menyerang China.
Raja Suran turun ke laut dan sampai di bumi
Dika dan baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja
Aktabu'l-Ard.
Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri
Mahtabu'l-Bahri dan mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar
anak-anaknya ke dunia apabila dewasa.
Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani
jantan.
PERISTIWA DALAM BAB 2
Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja
Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, NilaUtama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa
dan dihantar ke dunia menaiki lembu putih.
Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si
Guntang pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas,
daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.
Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini
dengan anak-anak Raja Suran.
Lembu putih kenaikan anak-anak Raja Suran
memuntahkan buih lalu keluar dari buih itu seorang lelaki, yang diberi nama
Batala.
Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna
Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja
di Palembang.
Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden
Ratna Cendera Puri tetapi Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri
Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan
rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna
Cendera Puri didapati tidak kedal.
Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil
oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat.
Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau
dengan pembesar-pembesar Bintan. Seri: Teri Buana teriihat satu
tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu.
Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam
perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di
air.
Seri Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura
berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang
pertama oleh Wan Seri Beni.
PERISTIWA DALAM BAB 3
Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke
benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja
Kecil Besar.
Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil
Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.
Paduka Seri Pikrama Wira melantik beberapa jawatan
penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.
Betara Majapahit telah menghantar utusan ke
Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah
tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang".
Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan
itu dengan mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit.
Terjadi peperangan antara Singapura dengan
Majapahit tetapi Singapura tidak kalah.
Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja
Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.
Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan hantu. Badang dapat
menangkap hantu itu tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan permintaan
Badang akan ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan
muntah hantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang
singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.
Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling
bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu
pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan
alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari.
Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak
baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja.
Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing
geiang-gelang. Apabila direbus, cacing geiang-gelang itu bertukar menjadi emas.
Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu
melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan
tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya.
Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda
mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan
fakir Muhammad yang datang ke Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan
penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak. Fakir Muhammad berjumpa
Merah Silu di pantai dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada
Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh mendapat dua orang putera iaitu
Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur.
Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali
Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya.
Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan
kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh
Sultan Maliku'l-Mansur.
Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap
raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan
hulubalang yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala
ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan
menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk
menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah memberikan
hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji
akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai
balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi
dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa pulang.
Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat
Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.
Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan
Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam
dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha untuk menangkapnya.
Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu
muslihat berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur.
Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan
kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke
Manjung.
Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi
Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk
dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya.
Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana
baginda menyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri.
Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.
PERISTIWA DALAM BAB 4
Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura.
Apabila lalu berhampiran istana raja, beliau menilik batang pinang sehingga
terbelah dua.
Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan
menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di depan isteri
baginda. Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Lengkawi.
Todak menyerang Singapura dan ramai rakyat mati.
Seorang budak mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan
serangan todak dan menghasilkan kejayaan.
Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi
kepandaian raja suatu ketika nanti.
Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh
Raja Iskandar Syah.
Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan
lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang
Rajuna Tapa marah akan tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang
Singapura dan beliau sedia membantu Majapahit.
Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja
Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri
menjadi batu.
Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan
Kota Buruk.
Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan
peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan. Peristiwa itu
dilihat dari bawah pokok Melaka.
Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh
anakanda baginda. Raja Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah
yang akhirnya digantikan pula oleh Raja Kecil Besar seiepas kemangkatan Raden Tengah.
Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan
penduduk Melaka.
Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat
untuk membezakan raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan
peraturan-peraturan tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.
Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan
berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun
Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati
dan mendapat seorang anak iaitu Raja
Kassim.
SultanMuhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja
Rekan, mendapat seorang anak iaitu Raja Ibrahim.
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja
Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja
Kassim diusir dari istana.
Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan
bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka.
Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh.
Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan
Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan
Muzaffar Syah tidak menyukainya.
Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara
manakala, Tun Perak, iaitu anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.
PERISTIWA PENTING DALAM BAB 5
Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam.
Tun Perak membawa angkatan dari Keiang bersama anak isteri mereka
sekali.
Awi Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat menewaskan Melaka.
Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka
sehingga diiantik menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah belah; satu
berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan
ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.
Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya
Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan
Melaka.
Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran
Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang
jawatan Penghulu Bendahari.
Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah
pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di
tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.
Tuan Saidi Arab
memanah Cau Panden dari Melaka . Cau Panden yang hendak menyerang Melaka mati
di Siam.
Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh
anakanda baginda, Sultan Mansur Syah
Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan
pembesar-pembesar Melaka menyerang Indera
Pura.
Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura
ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan
dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan
Siam dan Menteri Jana Putera serta Tun Telanai dititahkan ke Siam.
Orang tua dari Melaka berjaya menunjukkan
kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya
membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam
yang kuat di sebelah matahari mati.
PERISTIWA DALAM BAB 6
Seorang penyadap menjumpai seorang budak hanyut dan
diberi nama Ki Mas Jaya.
Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri
Raden Galoh Awi Kesuma memilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.
Penyadap membayangkan Ki Mas Jaya akan
menjadi Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria
Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi.
Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh
Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami.
Penyadap menagih janjinya dengan Sang Aji
Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai
Patih Aria Gajah Mada.
Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria
Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.
Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri
Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden
Galoh Awi Kesuma.
Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat
menunjukkan kepandaian.
Tun Bija Sura dapat menyelamatkan keris,
mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan
menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka.
Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera
Kirana.
Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan
diselamatkan oleh Hang Tuah.
Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja
sehingga Sultan menitahkan Hang Tuah dibunuh.
Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah
dusun.
Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih
Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan kangkung yang dibelah tetapi
tidak dikerat.
Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur
Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar
sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong
ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah
tidak menyembah China.
Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah
oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah.
Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka
dengan air basuh kaki raja Melaka.
PERISTIWA DALAM BAB 7
Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana
membalas dendam atas kematian Hang Tuah.
Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah
memandangkan tidak ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat.
Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih
hidup dan Hang Tuah dibawa pulang.
Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau
berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan
Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana
yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan
Mansur Syah menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu
disiapkan dengan kerjasama rakyat.
Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar
Bendahara Paduka Raja menjaga anak-anaknya.
Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari
langit turun ke kepala Tun Mutahir.
Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu
Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri
Maharaja.
Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat
dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang,
mangkubumi Kampar.
Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan.
Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala, Megat Kudu, anak
Maharaja Parameswara ditawan.
Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda, Raja
Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran
Sultan Ibrahim.
Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola
sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad.
Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara.
Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tidak
ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya
Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di
Ujung Tanah.
Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur
Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki.
Orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang
Melaka mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki.
Mauiana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur
Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu
kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai.
Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah
agama dan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.
PERISTIWA DALAM BAB 8
Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang
pinang dan diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang
dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit,
Raden Galuh Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah
tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari
ke Melaka.
Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke
Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan
Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula.
Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur
Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa.
Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula
Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murkakan
Bendahara manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai.
Bendahara memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana
mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa
Bendahara untuk meminta maaf.
Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka.
Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada
anakanda baginda sebelum mangkat. Sultan Mansur Syah mangkat dan
digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah.
Melaka diancam pencuri sehingga Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri.
Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan
mengetatkan undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat
Syah. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang mencuri
dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah
balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah
surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan
Melaka menghalang orang-orang Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang
Melaka dengan orang-orang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.
Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke
Melaka.
Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad,
iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana
pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara
itu dan menitahkan pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad
membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga
ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah untuk menyerang Pahang.
Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk
menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh orangnya
membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja.
Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas
Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai
Terengganu berlaku biadap.
PERISTIWA DALAM BAB 9
Tun Jana Pakibul membunuh orang di Siak atas
suruhan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka.
Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana
beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke
Melaka.
Sultan Alaud'Din Riayat Syah gering dan
baginda memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan
menasihati beliau kerana beliau masih kecil.
Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah
Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat.
Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara
Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana
dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya.
Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat
kepada anak cucunya. Kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan
ikut nafsu dan jangan mendengar fitnah.
Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh
Bendahara Tun Perpatih Putih.
Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan
baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid.
Sultan Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi
tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun
Isap membunuh Tun Ali Sandang.
Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan
Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh
oleh Seri Wak Raja.
Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana
lambat datang pada hari raya.
Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan
menyerang Manjong manakala, Seri Maharaja menyerang Kelantan. Kedua-dua
serangan itu berhasil.
PERISTIWA DALAM BAB 10
Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara
Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi
Bendahara.
Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah
menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri
Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan
mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja
menafikannya.
Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud
menitahkan agar dipinang Puteri Gunung Ledang.
Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung
Ledang. Tun Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya
ke Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan
menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang.
Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan
Mahmud membatalkan niat baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak
sanggup menumpahkan darah anakanda baginda. :
Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di
Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya,
Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.
Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli
kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi.
Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang
dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali.
Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak
banyak membawa balik kain yang diingini baginda.
Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh
Laksamana Khoja Hassan.
PERISTIWA DALAM BAB 11
Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke
Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda.
Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak
Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah.
Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu
kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah
bertunang dengan Sultan Abdul Jamal.
Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun
Teja ke Melaka. Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah
berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut.
Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan
Pahang di laut.
Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan
gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai
Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang
yang menyerangnya di laut.
Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun
dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.
Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan
Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan
perempuan di Melaka.
Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh
sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang
Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna.
Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.
PERISTIWA DALAM BAB 12
Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri
Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang.
Orang-orang Melaka menyiapkan kubu pertahanan di Pahang.
Terjadi peperangan antara orang Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat
ditewaskan.
Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap
di hadapan Bendahara.
Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja
Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi
raja di sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga
datang ke Melaka dan memohonkan nobat.
Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka
menghairankan orang-orang Melaka.
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal
menewaskan Melaka.
Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan
maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi
Maulana Sadar Jahan memarahi beliau yang susah menyebut perkataan bahasa
Arab.
Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk
soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.
PERISTIWA DALAM BAB 13
Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya
Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara
menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara
enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud.
Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali.
Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara
setelah melihat kecantikan Tun Fatimah.
Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun
Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau.
Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta
rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka.
Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar
bertelagah dan meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang
terlebih dahulu kerana hari sudah
petang.
Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara
Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul.
Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina
Sura Dewana memberi emas kepada Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja
Mendaliar.
Raja Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana
Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka.
Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud
dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda
memang berdendam dengan Bendahara kerana Tun Fatimah.
Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun
Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud.
Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun
sudah tua dan uzur.
Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan
kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud.
Sultan
Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan
Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.
PERISTIWA DALAM BAB 14
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso
d'Albuquerque tetapi serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal.
Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana Peringgi akan menyerang lagi.
Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi
dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan
Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan diri hingga ke Pahang.
Sultan Ahmad dibunuh atas arahan
ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.
Tun Fatimah melahirkan seorang
anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah.
Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud
terpaksa berundur hingga ke Kampar.
PERISTIWA DALAM BAB 15
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi
raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar
menuju ke Pahang dan berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur
Syah.
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah
negeri di Kuala Johor.
Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang
berkahwin dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din
Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut.
Raja
Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan
Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur.
Kemangkatan
Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan
pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah.
Sultan
Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya
ke negeri Makam Tauhid.
Sultan
Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari
Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.
PENGENALAN
a. "Sulalatus Salatin" (nama dalam bahasa Arab).
b. Nama lain ialah SEJARAH MELAYU lebih popular.
c. Sulalatus Salatin bermaksud "Salasilah Sultan-sultan" atau Peraturan Segala Raja-raja.
d. Naskhah asal Sulalatus Salatin -» dipercayai Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa.
e. Dipercayai naskhah awal tamat penulisannya sebelum tahun Masihi 1536. Disusun semula pada tahun 1612.
No comments:
Post a Comment