Maksud
Sajak
Keris = perlambangan tentang kuasa
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa kuasa yang ada di tangan kita sekarang perlu
dimanfaatkan untuk menyambung perjuangan. Namun ada waktunya kuasa tidak
patut digunakan dan kita perlu mengalah, menahan perasaan dan cuba bertindak
secara lembut dan bijaksana.
Rangkap 2
Perjuangan itu sesuatu yang pahit dan kita perlu memahami hakikat
kesusahannya. Pejuang tidak boleh kecewa dan menambahkan masalah yang sedia ada
sehingga memusnahkan sesuatu perkara yang hampir rosak.
Rangkap 3
Kadangkala dalam perjuangan, seorang kawan boleh mengkhianati
perjuangan. Rakan-rakan sekeliling ada yang jujur setia namun ada yang
berpura-pura.
Rangkap 4
Penyajak menasihatkan agar kita meneruskan perjuangan kerana kita sudah
berpengalaman dengan ranjau perjuangan. Malah para pejuang sudah mengenali
rakan dan lawan. Penyajak sedar bahawa punca kejatuhan dalam perjuangan
sebenarnya berpunca dari khianat rakan-rakan sendiri dan bukan oleh kekuatan
musuh.
Tema sajak
Perjuangan tentang hidup selagi kita ada kekuatan, keupayaan, kebolehan, kemampuan, kekuasaan dan sebagainya untuk menghadapi segala pancaroba hidup. Kadang-kadang kita terpaksa mengalah dan kecewa dalam perjuangan. Realiti perjuangan adalah perlu menghadapi ranjau dan halangan. Dalam perjuangan juga ada rakan yang jujur dan ada yang khianat. Namun selagi kita ada kekuasaan, keupayaan, kemampuan, kebolehan dan sebagainya maka kita perlu terus berjuang

Persoalan
1. Berlembut dan bertimbang rasa dalam
melakukan tindakan
2.
Perjuangan yang penuh ranjau dan dugaan
3. Tabah menghadapi duagaan
4.
Kejujuran dalam persahabatan
No comments:
Post a Comment