Pendidikan :
Objektif pembelajaran: Menjelaskan kepentingan pendidikan dalam pembangunan masyarakat.
Pembicaraan pembelajaran pada bahagian ini menjurus terus kepada kepentingan pendidikan.
Pembicaraan pembelajaran pada bahagian ini menjurus terus kepada kepentingan pendidikan.
Maksud pendidikan
Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk
individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates
bahawa tujuan pendidikan ialah member latihan moral kewarganaegaraan yang
baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal
dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan
setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.
John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan diantara masyarakat
primitif dengan masyarakat moden. Pengertian pendidikan dalam
masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam,
kepercayaan serta cara sembahyang, disampaikan melalui tunjuk ajar dengan
secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang
dewasa. Manakala pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula
merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu
pengetahuan yang penting untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secara
langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.
John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses
perkembangan individu. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha
mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang
ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk “Psikologi Pendidikan”
memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah
dikemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed
Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia
secara menyeluruh dan seimbang. Menurut beliau, tujuan utama
pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan
rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.
Berdasarkan Sejarah Melayu
Pendidikan yang wujud dalam Sejarah Melayu adalah
mendekati pendapat John Mc Donald. Konsep pendidikan dalam Sejarah Melayu
tentunya disesuaikan dengan masyarakat feudal pada zaman terdisional dan
primitif. Antaranya adalah pelajaran adat resam, kepercayaan, cara sembahyang
dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa budaya pendidikan yang telah diamalkan
dan diceritakan dalam karya Sejarah Melayu seperti berikut:
Kepentingan mempelajari ilmu membaca al-Quran
sebagaimana Tun Mai Ulat Bulu belajar daripada Makhdum Sadar Jahan. Mempelajari
al-Quran adalah salah satu petunjuk penting kepada celik huruf masyarakat zaman
itu. Ia menjadi budaya golongan masyarakat yang mesti mempelajari ilmu mengaji
bagi membolehkan mereka menghayati kehidupan beragama Islam secara asas.
Setelah itu, baharulah masyarakat akan mempelajari ilmu agama yang lain
termasuk solat.
Kepentingan menuntut ilmu agama berdasarkan kitab muktabar seperti kitab Duril Mazlum daripada Maulana Abu Bakar. Kebolehan membaca dan mempelajari kitab adalah satu tahap pendidikan tinggi yang memungkinkan seseorang itu layak menjadi guru. Seseorang yang telah berguru seperti itu dianggap telah memperolehi ilmu yang melebihi ilmu asas seperti mengaji al-Quran sebelum ini. Oleh itu memang wajar seorang sultan mempelajari tahap ilmu ini kerana dirinya adalah pemimpin tertinggi negara. Jika sultan tidak belajar tinggi, sudah tentu dirinya dipandang rendah oleh ahli masyarakat feudal dan dipertikaikan kepimpinannya.
Kepentingan
menuntut ilmu kepahlawanan sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan Melaka
seperti Hang Tuah dan Tun Bijaya Sura. Pada zaman berkenaan, ilmu kepahlawanan
adalah sesuatu yang penting kerana ia adalah salah satu cara mempertahankan
diri dan negara daripada serangan musuh. Pembelajaran ilmu tersebut mampu
menjadikan masyarakat Melaka hidup aman damai tanpa gangguan.
Keperluan mendapatkan penyelesaian masalah hukum
hakam agama sebagaimana yang dilakukan oleh sultan bertanya tentang masalah
hukum ke sebuah negara lain. Seperti kisah "Bertanya Satu Masalah Agama ke
Pasai"(hlm. 247). Dalam peristiwa berkenaan, satu masalah agama telah
dikemukakan kepada bijak pandai daripada negara luar. Gambaran ini menunjukkan
bahawa, dalam soal pendidikan, kita harus mempunyai semangat kerjasama dan
sering berbincang sesama umat dan ahli masyarakat. Jika perkara ini tidak
dilakukan, akan menyebabkan diri ahli masyarakat dalam keadaan jahil dan sesat
kerana tidak mahu menambahkan ilmu di dada dan bersifat bakhil ilmu.
Kepentingan mengambil pengajaran dan iktibar
daripada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seperti kisah Sang Rajuna Tapa
yang belot dan akhirnya menjadi batu, penderhakaan Hang Jebat dan
lain-lain. Pendidikan ini adalah bersifat kemasyarakatan kerana ia dapat
dilihat dan dirasakan oleh ahli masyarakat yang terlibat. Mengambil pengajaran
daripada pelbagai peristiwa dan musibah yang dialami masyarakat adalah satu
proses pembelajaran yang paling berkesan. Ahli masyarakat akan terus mengingati
pristiwa yang telah berlaku dan berazam tidak mahu mengulangi kesilapan lalu.
Kepentingan mendengar dan mengikuti nasihat
daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman seperti yang terdapat dalam
wasiat sultan Maliku's Salleh, wasiat Sultan Muzafar, Alaudin. Mansur dan
wasiat bendahara Paduka Raja Tun Perak. Golongan tua dan berpengalaman adalah
ahli masyarakat yang mampu mengajar dan memberi petunjuk yang berkesan. Ahli
masyarakat yang terkemudian wajar akur dan mengambil perhatian tentang
pengalaman pemimipin terdahulu. Ternyata kebanyakan nasihat dari wasiat yang
telah disebut secara kebetulan telah berlaku ke atas ahli masyarakat yang
berkenaan. Oleh itu wajarlah perkara yang berkaitan dengan wasiat diambil
perhatian.
Berdasarkan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.
Pendapat tentang pendidikan dalam SBDKL adalah
mendekati definisi yang diutarakan oleh kebanyakan sarjana moden kerana novel
ini diterbitkan sesuai pada zaman dan keperluannya. Isu masyarakat moden ini
diperjuangkan oleh penulis kerana menyedari kepentingan pendidikan kepada
pembangunan masyarakat masa kini.
Keperluan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sebagaimana yang dilakukan oleh encik Muhammad ke atas anaknya. Rahim telah dihantar ke London untuk belajar pengurusan perniagaan. Manakala Datuk Tan menghantar Robert untuk belajar tentang kejuruteraan.
Perlunya mempelajari pengetahuan agama. Lebai
Maarup adalah golongan ilmuan agama yang telah belajar agama dan mampu
menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Pengetahuan agama Lebai Maarup pula telah
menyumbang kepada keseimbangan tuntutan dunia dan akhirat. Beliau mengajar
masyarakat agar menybangkan harta pada jalan Allah seperti usaha beliau
mewakafkan harta arwah ibubapanya.
Perlunya mendengar nasihat orang tua. Sudin akhirnya sudi mendengar dan mengikuti nasihat ibu bapa walaupun sebelum ini sering membantah kata-kata orang tuanya. Begitu juga penerimaan pendapat pihak lain yang menjadi salah satu bentuk pendidikan moden. Kita perlu sedar bahawa diri manusia tidak lengkap dan menguasai segala ilmu. Oleh encik Muhammad sedar bahawa dirinya mungkin hebat dalam ilmu perniagaan tetapi ada kekurangan dari aspek ilmu agama dan kemasyarakatan.
Perlunya mendengar nasihat orang tua. Sudin akhirnya sudi mendengar dan mengikuti nasihat ibu bapa walaupun sebelum ini sering membantah kata-kata orang tuanya. Begitu juga penerimaan pendapat pihak lain yang menjadi salah satu bentuk pendidikan moden. Kita perlu sedar bahawa diri manusia tidak lengkap dan menguasai segala ilmu. Oleh encik Muhammad sedar bahawa dirinya mungkin hebat dalam ilmu perniagaan tetapi ada kekurangan dari aspek ilmu agama dan kemasyarakatan.
1 comment:
Di sini ialah Benjamin hubungi butiran E-mel, lfdsloans @ outlook.com. / lfdsloans@lemeridianfds.com Atau Whatsapp +1 989-394-3740 yang membantu saya dengan pinjaman 90.000.00 Euro untuk memulakan perniagaan saya dan saya sangat berterima kasih, Sungguh susah bagi saya di sini cuba untuk membuat jalan sebagai ibu tunggal perkara-perkara tidak mudah dengan saya tetapi dengan bantuan Le_Meridian meletakkan senyuman di wajah saya kerana saya menonton perniagaan saya semakin kuat dan berkembang juga. Saya tahu anda mungkin mengejutkan mengapa saya meletakkan perkara seperti ini di sini tetapi saya benar-benar perlu menyatakan saya terima kasih supaya sesiapa yang mencari bantuan kewangan atau mengalami kesulitan dengan perniagaan yang ada atau ingin memulakan projek perniagaan dapat melihat ini dan memiliki harapan untuk keluar dari kesulitan .. Terimakasih.
Post a Comment