Pembangunan insan : Kemanusiaan
Istilah kemanusiaan boleh
diertikan sebagai nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap
hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Manusia yang mengamalkan nilai kemanusiaan
tentunya akan memberi hak kepada manusia yang lain dengan memberi sepenuh rasa
persaudaraan sesama insan. Sifat kemanusiaan tidak akan mengira kedudukan
manusia samada dari segi umur, pangkat, keturunan dan sebagainya:
Simpati
Simpati adalah perasaan belas yang terhadap sesuatu
terutama kepada rakan yang ditimpa kesusahan. Rasa simpati boleh wujud jika ada
insan lain yang mengalami kemalangan, kebakaran, banjir, sakit dan yang
seumpamanya.
Hormat
Menghormati orang lain dari sudut hak manusia untuk
hidup di dunia. Penghormatan yang terbaik bukan wujud kerana
terpaksa namun perlu wujud dengan rasa ikhlas.
Bersopan
Budaya sopan santun telah wujud dalam masyarakat
melayu sejak zaman dahulu hingga kini. Semestinya seorang yang mempunyai
kemanusiaan yang tinggi akan mempunyai adab sopan yang tinggi juga.
Kasih sayang
Kasih sayang sesama insan adalah amalan yang sangat
mulia. Kasih sayang boleh wujud sesama saudara, suami isteri, jiran tetangga,
ahli masyarakat, sesama kaum dan sesama rakyat dalam sebuah negara.
Mengkagumi
Kadangkala wujud kelebihan yang dipunyai individu
lain. Kita wajar kagum dengan kebolehan seseorang dan mengiktiraf diri insan
lain yang lebih dari kita. Harus menjauhi sifat dengki dan iri hati jika ada
orang lain yang melebihi keupayaan kita.
Belas kasihan
Jika melihat insan lain kurang upaya dan tidak
berkemampuan, tentunya wajar bagi kita mempunyai rasa kasih dan belas. Sifat
memahami kesusahan orang lain adalah sifat manusia yang sangat mulia.
Prihatin- ambil berat
Sebagai sebahagian daripada ahli masyarkat, kita
harus menjadi insan yang prihatin. Mungkin ada ahli masyarakat yang menghadapi
kesukaran dan kesusahan.
Bertimbang rasa
Bertimbang rasa adalah keupayaan seseorang yang
mampu memikirkan keperluan dan hajat insan lain. Malah seseorang yang
bertimbang rasa sentiasa memikirkan tentang pihak lain. Jika ada kesilapan
pihak lain, seseorang itu tetap sudi memaafkan.
Insaf
Insaf adakah merujuk kepada manusia yang sedar akan
kelemahan diri dan sedar akan kesilapan yang mungkin telah dilakukan.
No comments:
Post a Comment