Sajak Seorang Jemaah
Maksud Sajak
Bahagian 1
Ketika
ahli jemaah masjid itu masih hidup.
R1:
Aktiviti jemaah pada waktu subuh yang datang ke masjid dengan berjalan kaki
dengan pakaian jubah.
R2:
Penyajak sering mengajak jemaah tersebut menaiki kenderaannya.
R3:
Amalan sunnah nabi iaitu bersugi merupakan amalan jemaah tersebut.
R4:
Selesai solat jemaah tersebut melakukan aktviti senaman/riadah dengan pakaian
lengkap.
R5:
Sepanjang aktiviti kehidupannya jemaah berkenaan senstiasa mengingati den
menyebut nama Allah. Beliau juga sentiasa berdoa kebaikan dan keselamatan
kepada saudara seagama yang lain.
Bahagian
2
Ahli
jemaah masjid itu sudah meninggal dunia.
R6:
Penyajak terkenang kisah hidup jemaah. Beliau merasa kehilangan pada waktu
pergi ke masjid.
R7: Malah
penyajak juga merasakan ketiadaan ahli jemaah tersebut. Namun perbuatan jemaah
ketika solat tetap menjadi ingatan beliau.
R8:
Ketika selepas solat penyajak merindukan aktiviti jemaah yang telah pergi itu.
Penyajak rindukan topi putih dan doa bekas jemaah itu. Jemaah tersebut telah
kembali ke rahmatullah dan bersemadi di kubur. Ahli jemaah yang telah meninggal
itu dahulunya mungkin orang ternama, ada gelaran dan berpangkat besar.
Tema sajak
Sajak ini
bertemakan kemanusiaan. Penyajak merakam kisah seorang pesara tua ketika
pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut
manfaatkan hujung usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan
dengan beriadah. Sifatnya sangat mulia kerana sentiasa mendoakan kebaikan untuk
seluruh saudara Islamnya. Pemergiannya sangat dirasai oleh penyajak dan
sentiasa terkenangkan kisah rutin hidupnya.
Pemikiran sajak
1.
Manfaatkan kehidupan kita dengan beribadat dan amal kebaikan.
Perbuatan bangun pagi dan solat berjemaah di masjid adalah amalan yang sukar bagi mereka yang tidak biasa beramal dengannya. Jika amal ini berjaya dilaksanakan, sudah tentu amalan solat di waktu yang lain telah dilakukan oleh jemaah itu.

2.
Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain.
Hati manusia yang suci bersih digambarkan melalui warna putih dalam ayat penyajak. Sebaik-baik manusia adalah orang yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Individu itu tiada dendam malah pemaaf orangnya.
3. Menjaga kesihatan dengan
beriadah.
Kegiatan beriadah adalah salah satu ikhtiar hidup kita untuk menjaga kesihatan. Malah ia menjadi bukti kerajinan seseorang dan menjauhi sifat malas. Manusia akan lebih cergas dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti kehidupan.

4. Setiap
yang hidup pasti akan mati.
Mengakui hakikat kehidupan bahawa penghujungnya adalah mati walau kita hebat menjaga kesihatan dengan bersenam. Segala aktiviti yang diusahakan merupakan ikhtiar semata-mata. Takdir Allah akan mengatasi segala-galanya. Jemaah tetap pergi apabila ajalnya telah tiba.

Pandangan Sarwajagat
Melakukan
sesuatu yang bermakna di penghujung kehidupan kita.Semua orang tahu bahawa
seseorang manusia tidak akan hidup kekal. Apabila mencapai umur persaraan,
selalunya kita kian kuat beribadat dan cuba mengisi seluruh ruang kehidupan
yang masih berbaki dengan aktiviti yang bermanfaat. Namun kita tidak boleh
menolak ketentuan Ilahi bahawa manusia mempunyai umur yang terhad. Akhirnya
manusia akan sampai ajalnya jua. Bagi mereka yang masih hidup tentunya akan
mengenang rakan mereka yang telah pergi.Kita akan ingat jasa rakan kita malah
akan mengingati kenangan indah sewaktu bersama rakan tersebut.
No comments:
Post a Comment