Sajak Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian Baha
Zain- 2003
Sajak
Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
Baha Zain- 2003
Perkataan
perlu difahami.
1. Tirani = Corak pemerintahan yang
zalim. Menggunakan kekuasaan sesuka hati
Maksud
sajak
Rangkap 1
Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk.
Penyajak cuba mengaitkan kegelapan pekat malam yang dapat dilihat remang-remang
kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrinsiknya, penyajak cuba mengaitkan
keadaan gelap dan cayaha remang tersebut dengan kehidupan yang sedang
dihadapinya.
Rangkap 2
Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap (sukar) menyebabkan diri rasa
terasing. Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut
diri.
Rangkap 3
Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran
penyelesaian masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada
suara-suara pejuang keamanan yang dilahat amat baik. Terdapat juga manusia yang
suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang keamanan
melaungkan slogan cinta kedamaian. Seruan mereka supaya manusia berjuang dengan
harta dan tenaga. Di atas nama “matlamat mencapai kemenangan”, maka manusia
sanggup bertelingkah.
Rangkap 4
Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perbutan kuasa
akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah
kegemilangan negara.
Rangkap 5
Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana
terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup
memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.
Rangkap 6
Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan
dalam kehidupan. Penyajak juga mengingatkan supaya kita berwaspada supaya tidak
dipermainkan tanpa sedar.
Tema:
Cintakan
kedamaian
Persoalan
sajak
1.
Bandingan kegelapan malam dengan kesusahan hidup
2. Godaan
anasir jahat (syaitan)supaya melakukan kejahatan
3. Sikap
pura-pura – konon memperjuangkan keamanan tetapi sebenarnya membawa kemusnahan.
4. Menjadikan
agama sebagai topeng
5.
Manusia sanggup mati kerana berebut kuasa
6. Akibat
peperangan adalah kemusnahan
7. Sikap
pemimpin yang zalim
No comments:
Post a Comment