Pantun Kasih Sayang
Pantun
Kasih Sayang
Dari mana
pipit melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana
datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Air dalam
bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati
dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.
Kepentingan Karya dalam konteks sarwajagat masyarakat Melayu tradisional
Puisi di atas penting utnuk menggambarkan cara hidup masyarakat tradisional seperti berikut:
1 . Tinggal di kawasan paya dan sawah padi.
2 Masyarakat yang menanam
padi. Kegiatan ekonomi mereka ialah bertani./pekerjaan
seorang petani. Tanam padi.
3. Masyarakat
yang hidup berkasih sayang. Bagi masyarakat melayu, hubungan kasih sayang
adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka.
4. Masyarakat yang tinggal di
tepi sungai. Perkataan “air dalam” gambaran pasang surut dan hujan. Menjadi
kerisauan orang yang tinggal di tepi sungai.
6. Perkataan “hulu” pula menunjukkan mereka tinggal di
hilir sungai. Apabila hujan turun di hulu, penduduk di kawasan hilir akan
mendapat kesannya iaitu air semakin dalam. Mungkin boleh berlaku banjir.
5.
Masyarakat yang sering terpisah dan terpaksa tinggal berjauhan. Lalu di antara
mereka ada yang rindu kepada kekasih kerana terpisah jauh. Ini menunjukkan
orang dahulu sering merantau kerana mencari rezeki. Kerinduan akan melanda hati
kerana pertemuan yang sekejap belum mampu menghilangkan rindu.
No comments:
Post a Comment