Maksud alam sekitar dari segi bahasa
ALAM bermaksud dunia, bumi atau
segala yang terdapat di langit dan di bumi
SEKITAR bermaksud di tempat atau di
sekeliling
Definisi alam sekitar
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris
disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh
itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam
sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.
Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena
fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena
fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd
Zuhdi Marsuku, 2002).
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia
lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu
istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap
aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan
aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)
Kesemua
definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar
adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan
sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian
Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan
pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur
Hakimi Razana, 2004)
Alam sekitar terbahagi kepada beberapa komponen:
Alam sekitar terbahagi kepada beberapa komponen:
1.
Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan
manusia, termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-bata, dan sebagainya,
serta fenomena semula jadi yang berlaku
2. Sumber sejagat
semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu
seperti udara, air, iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan,
yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
Lestari
alam sekitar bukan diperjuangkan sekadar slogan sahaja tetapi melalui amalan
murni yang praktikal. Walaupun tidak disebut secara terperinci dalam penulisan
Sejarah Melayu dan SBDKL, namun amalan dan perlakuan masyarakat terdahulu
yang telah diceritakan telah menggambarkan mereka sangat cintakan alam.
Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) menceritakan bagaimana Raja Suran begitu gemar dengan keindahan alam sekitar. Diceritakan bagaimana Raja Suran berbuat negeri baru di benua Keling (hlm. 17) yang dipenuhi dengan pemandangan yang indah. Negeri tersebut diberi nama "Bijaya Negara". Terdapat bukit bukau dan gunung ganang yang luas dan sayup mata memandang. Diceritakan juga ada sebuah pulau yang dipenuhi dengan flora dan fauna. Ada pokok-pokok dan bungaan. Terdapat juga pelbagai jenis haiwan di dalam pulau itu. Di sana juga terdapat tasik dan hutan. Di tepi tasik dan pulau kelihatan embun seperti asap. Di situlah tempat baginda bermain atau bersiar-siar. Malah pada masa tertentu sultan akan berburu binatang hutan berkenaan. Gambaran ini menjelaskan kepada kita bahawa pemerintah pada masa itu amat suka dengan keindahan alam sekitar. Raja membiarkan lestari alam sekitar supaya dalam keadaan asal dan menikmati flora dan fauna yang ada di dalamnya. Sesekali berburu dan menjerat gajah bukan bermaksud memusnahkan isi hutan, tetapi sebagai salah satu cara menikmati keindahan alam kerana kegiatan tersebut bukan dilakukan secara kerap. Apa yang penting ialah mesej penulis yang bernama Tun Sri Lanang yang inginkan suasana alam sekitar yang indah dapat dikekalkan dapat disampaikan dalam buku tersebut.

Bagi SBDKL pula, kita melihat bagaimana perancangan rapi sebelum pembukaan lombong dilakukan. Kerisauan penduduk kampung terahadap aktiviti yang mungkin boleh memusnahkan alam adalah gambaran betapa masyarakat berfikir peri pentingnya alam sekitar. Perkara tersebut juga diperjuangkan oleh Rahim yang sentiasa mengikuti perkembangan kegiatan bapanya di Jeram Medang walaupun dia berada jauh di luar negara. Susun atur tempat operasi perlombongan dirancang sebegitu rupa agar kegiatan yang dilakukan tidak mengancam lestari alam sekitar sedia ada.
No comments:
Post a Comment