Pantun Agama
Banyak
hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat;
Banyak
nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.
Anak ayam
turun sepuluh,
Mati seekor tinggal Sembilan,
Bangun
pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.
Jenis Puisi : Pantun
Ciri-ciri Puisi
Pantun ini adalah pantun empat baris serangkap atau pantun empat kerat.
Tema pantun adalah bertemakan keagamaan.
Terdapat pembayang maksud pantun. Dua baris pantun yang awal pada setiap rangkap adalah pembayang.
Terdapat maksud pantun.Dua baris pantun yang akhir pada setiap rangkap adalah maksud pantun.
Terdapat jeda. Terletak pada tengah-tengah baris pantun.

Kepentingan
karya dalam konteks sarwajagat masyarakat Melayu tradisional
Masyarakat Melayu dalam karya puisi di atas digambarkan sebagai golongan yang mengamalkan ajaran Islam seperti:
1. Masyarakat yang sentiasa memuliakan nabi.
2. Masyarakat yang memuliakan hari kebesaran Islam
iaitu hari jumaat
3. Masyarakat yang memelihara binatang ternakan
sebagai aktiviti mencari rezeki.
4. Masyarakat yang sentiasa taat kepada perintah Allah
5. Masyarakat yang rajin bekerja dan sentiasa bangun
awal pagi.
6. Masyarakat yang sentiasa berdoa untuk memohon keampunan Allah.
No comments:
Post a Comment