Hikayat Hang Tuah Bab XIX
Utusan ke Benua Keling
Kisna
Rayan (raja benua Keling) menyambut surat daripada Sultan Melaka (Sang
Maniaka). Hang Tuah selaku utusan raja telah sampai di negeri Bijaya Nagaram.
Latar tempat negeri berkenaan sangat indah dan unik. Surat raja Melaka sangat
dimuliakan kerana raja Melaka keturunan melayu. Surat sultan pun dibaca dan
Kisna Rayan pun bertanya tentang utusan raja yang bernama Laksamana Hang Tuah.
Hang Tuah yang berkebolehan dalam bahasa Nagaram telah menjawab dengan baik.
Hang tuah pernah belajar bahasa keling ketika berada di majapahit dengan
seorang lebai. Semua orang kagum dengan kebolehan Hang Tuah. Hang Tuah
telah mendapat layanan yang sangat istimewa daripada raja benua Keling itu.
Hang Tuah telah dijamu dan dijadikan anak angkat. Kemudian Hang Tuah telah
dicabar untuk menaiki kuda teji dan beliau telah berjaya menunggang kuda
tersebut.
Sikap dan
watak Hang Tuah sangat memikat hati Kisna Rayan dan berhajat ingin menjadikan
Hang Tuah sebagai hulubalangnya.Ketika Nala Sang Guna ingin menjamu sultan,
didapati kayu untuk memasak tiada kerana Kisna Rayan menghalang rakyatnya
menjual kayu. Hang Tuah telah menyelesaikan maslah tersebut dengan mencadangkan
agar kain dijadikan bahan api.
Kemudian Hang Tuah menunjukkan kebolehannya yang luarbiasa. Beliau telah menunjukkan kepada raja keling kemampuannya menanam benih pokok yang cepat membesar dan berbuah, masak dan boleh dimakan oleh raja keling itu. Selepas baginda makan buah masak itu, pokok kayu itu pun ghaib.
Seterusnya Hang Tuah telah dititahkan ke benua China oleh Kisna Rayan. Setelah dua bulan perjalanan, Hang Tuah pun sampai dan berlabuh di tempat Feringgi berlabuh. Wujud sedikit pertelingkahan antara utusan benua keling dengan Feringgi. Hang Tuah dan utusan lain disambut dan surat di arak. Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah apabila berjaya membuat muslihat untuk melihat raja China yang duduk di dalam mulut naga emas bersisik.
Kemudian Hang Tuah menunjukkan kebolehannya yang luarbiasa. Beliau telah menunjukkan kepada raja keling kemampuannya menanam benih pokok yang cepat membesar dan berbuah, masak dan boleh dimakan oleh raja keling itu. Selepas baginda makan buah masak itu, pokok kayu itu pun ghaib.
Seterusnya Hang Tuah telah dititahkan ke benua China oleh Kisna Rayan. Setelah dua bulan perjalanan, Hang Tuah pun sampai dan berlabuh di tempat Feringgi berlabuh. Wujud sedikit pertelingkahan antara utusan benua keling dengan Feringgi. Hang Tuah dan utusan lain disambut dan surat di arak. Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah apabila berjaya membuat muslihat untuk melihat raja China yang duduk di dalam mulut naga emas bersisik.
Hang Tuah sebagai tokoh epik dalam Hikayat Hang Tuah
1.
Mempunyai kebolehan berbahasa. Beliau pandai bertutur dalam bahasa Nagaram (hlm
52). Ketika mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya Nagaram), beliau
telah bercakap menggunakan bahasa Nagaram. Beliau telah mempelajari bahasa
tersebut daripada seorang lebai. Kemampuan beliau ini adalah salah satu ciri
penting seorang tokoh epik iaitu bijak menguasai ilmu berbahasa di dunia.
2.
Tangkas menunggang kuda. Hang Tuah telah diminta supaya menunggang kuda teji.
Kuda teji adalah salah seekor kuda Kisna Rayan yang sukar dikendalikan. Setelah
Hang Tuah belajar menunggang kuda, beliau telah berjaya memacu kuda tersebut
dengan selamat iaitu dengan cara tunduk dan melindungkan kepalanya dibalik
telinga kuda tersebut. Kebolehan ini adalah salah satu bukti keperwiraan beliau
ketika berada di benua Keling.
3. Mampu
menyelesaikan masalah dengan kebolehan akal fikirannya. Apabila hendak memasak
untuk jamuan diraja, terdapat masalah ketiadaan kayu untuk memasak. Hang Tuah
telah berjaya menyelesaikan masalah ketiadaan kayu dengan menjadikan kain
sebagai bahan api. Kebijaksanaan Hang Tuah ini adalah salah satu bukti beliau
layak digelar wira.
4.
Mempunyai kebolehan yang luar biasa. Hang Tuah telah menunjukkan yang dianggap
permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu
ditanam terus tumbuh serta berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik
dan berbuah masak. Beliau telah memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila
sudah dimakan buahnya, dengan segera pohon itupun ghaib. Kebolehan Hang Tuah
yang luar biasa ini merupakan satu lagi bukti bahawa beliau layak digelar wira
epik.
5. Mampu
memperdaya dan melihat Maharaja China. Ketika rombongan Hang Tuah ke negeri
China hendak dijamu makan, beliau telah menyatakan bahawa orang Keling
makan sayur, daun kayu dan buah kayu. Sayur yang hendak dimakan itu pula
tidak dikerat dan dibiarkan panjang-panjang. Ketika makan, Hang Tuah telah
mendongakkan kepala ketika makan sayur kangkung yang tidak dikerat itu. Pada
masa itulah beliau dapat melihat Raja China yang duduk dalam mulut naga emas
bersisik. Tatkala Laksamana memandang ke atas, HangTuah hendak dipenggal oleh
hulubalang Raja China. Namun Raja China telah menghalang tindakan rakyatnya
kerana Hang Tuah sebenarnya telah bertindak bijaksana.
2 comments:
sangat bermanfaat sebagai rujukan pelajar...terima kasih
Satu perkongsiaan yang amat bermanafaat..terima kasih
Post a Comment